Dec 8, 2010

hijrah bermakna

indah kilauan bintang di kayangan,
indah pacaran sang mentari di ufuk menjauh,
terjentik minda akan kilauan di hening pagi,
haha,jiwang plak time2 cmni..
hijrah ni la aku rse hijrah pling bermakna bg aku..
orang tngah ske2 dgn family,buku, tp aku sibuk dgn beg prgi campus..
haha,..
jihad ni..
sabar je la..

Nov 15, 2010

10 pencuci dosa n muhasabah diri

"Wahai tabib, apakah kamu punya ubat yang mampu membersihkan dosa dan menyembuhkan penyakit hati? "
Kemudian, si tabib itu menjelaskan:
"Ambillah sepuluh macam ramuan:
  1. Ambillah akar pohon fakir bersama akar-akar pohon tawaddhu' (kerendahan hati),
  2. Campurkanlah padanya tumbuhan taubat,
  3. Taruhlah ke dalam bekas keredhaan,
  4. Tumbuklah dengan penumbuk qana'ah,
  5. Masukkan dalam kuali taqwa,
  6. Lalu tuangkanlah padanya air malu,
  7. Didihkanlah dengan api mahabbah,
  8. Tuangkanlah ke dalam gelas syukur,
  9. Kemudian kipaslah dengan kipas harapan,
  10. Lalu minum dengan sudu pujian.
Sesungguhnya jika kamu mengerjakan hal itu, maka akan menjadi ubat bagimu dari semua penyakit dan bencana di dunia dan di akhirat." - Dipetik daripada Kitab Nashaihul 'Ibad, Imam Nawawi
Adam...
Kau bilang dirimu hebat dan kuat ibarat pahlawan,
Gagah perkasa seperti Badang,
Kau gunakan Hawa sebagai umpan,
Untuk membuktikan kelelakianmu yang hanya temberang.

Hawa...
Kau bangga dengan kecantikan lahiriah yang ada padamu,
Kau sanjung tinggi Adam yang terpikat dengan keindahan rupamu,
Kau tersenyum manis saat Adam melihat lenggok tubuhmu,
Tapi kau marah dan benci bila ada segelintir Adam yang menegurmu.

Adam...
Kadangkala kekacakan yang ada padamu,
Bisa membuat Hawa lemah dan cair ibarat ais terkena api,
Hati yang rapuh mudah luluh dan tunduk pada nafsu,
Jiwa yang halus mudah pula jatuh hati.

Hawa...
Iblis menggunakanmu sebagai umpan untuk memerangkap Adam,
Kau harus ambil kesempatan ini untuk memperdayakan Iblis,
Selamatkanlah Adam dari cengkaman api yang tidak akan terpadam,
Jatuhkanlah musuh Islam dengan akal satumu yang genius.

Adam...
Kata-kata manis nistamu bisa menggoda hati Hawa,
Senyum nakalmu membuatkan Hawa semakin suka,
Lembutmu dalam berkata membuatkan Hawa senang mendekatimu,
Sikap prihatinmu membuat Hawa tergilakan perhatianmu.

Hawa...
Sikapmu yang tidak endah menjadikan Adam berani terhadapmu,
Berani mengambil kesempatan untuk menyentuh maruahmu,
Ketidaktegasanmu membuatkan Adam semakin suka akan dirimu,
Hingga kau pun hanyut dalam dunia cinta palsu.

Adam...
Kau bilang akalmu sembilan mengalahkan nafsumu yang satu,
Gunakanlah akalmu itu untuk mendidik nafsumu yang boleh membinasakan Hawa,
Cerdikkanlah akalmu itu dengan berjihad menentang nafsumu,
Agar Hawa terpelihara sentiasa dalam jagaan taqwa.

Hawa...
Lenggok tubuhmu bisa membuat Adam terpaku dan mata menjadi sepi,
Lembut suaramu bisa mencairkan hati lelaki Adam,
Longgarkanlah pakaianmu agar tubuhmu tertutup rapi,
Tegaskanlah suaramu supaya syaitan tidak berpeluang merasuk Adam.

Oleh itu Adam...
Bersikap tegaslah dengan Hawa dalam setiap urusanmu,
Kau harus kuat dan sabar dalam membimbing Hawa yang semakin liar,
Kau harus teruskan perjuanganmu menentang hawa nafsumu,
Agar nafsu Hawa tidak terus-terusan menular.
Adam...

Hawa meminta agar kau bersikap tegas dan berani,
Supaya Hawa takut untuk menggoda dan mendekati,
Supaya syaitan tidak membisikkan godaan nafsu durjana,
Agar kau bisa menjadi pemimpin dan ketua yang diidami Hawa.

Begitu juga Hawa...
Mahalkanlah senyummu yang bisa menawan hati lelaki,
Jagalah dan peliharalah aurat dan maruah dirimu,
Untuk membentengi nafsu yang sangat dibenci,
Agar kau suci terpelihara saat Adam menyuntingmu.

Hawa...
Adam mudah cair dengan keanggunan wajahmu,
Namun...itu bukanlah yang Adam harapkan,
Adam mengharapkan Hawa yang berpegang teguh pada agama sebagai penyuci kalbu,
Adam juga menginginkan Hawa yang sopan dan memelihara aurat dalam berpakaian.
Dan
Untukmu Adam :
Jadilah Adam yang berpendidikan tinggi dalam agama yang bisa membimbing Hawa dari menjadi mangsa godaan syaitan dan nafsu yang boleh membinasakan.
Jadilah Adam yang murah dengan kata-kata nasihat dan teguran yang boleh memperbaiki Hawa.
Jadilah Adam yang sentiasa berjuang menentang nafsu dan memelihara maruah diri untuk orang tercinta yang sah bergelar isteri.
Jadilah juga Adam yang boleh menjadi ketua keluarga, imam dalam solat berjemaah dan pemimpin agama seperti yang diingini oleh Hawa.
Untukmu Hawa :
Jadilah Hawa yang tinggi dengan didikan agama, merendah diri dengan akhlak terpuji dan baik hati. Jadilah Hawa yang menjaga aurat dan maruah diri dari sewenang-wenangnya dilihat ajnabi.
Jadilah Hawa yang sentiasa haus akan ilmu nasihat dan teguran sebagai persiapan menjadi Hawa yang solehah untuk seorang yang sah bergelar suami.
Jadilah juga seorang Hawa yang bisa menjadi anak, ibu dan isteri yang solehah serta hamba Allah yang beriman dan bertaqwa seperti yang diidamkan oleh Adam.

BUTA :)

Cinta itu buta?
Cinta itu sesuatu yang suci.
Datangnya Islam demi memelihara kesuciannya...
Cinta itu ibarat pelangi,
Yang memberi warna kepada kehidupan ini.
Cinta itu ibarat pelangi,
Menenangkan mata, pendamai jiwa.
Cinta itu ibarat pelangi,
Siapa melihat pasti terinspirasi.
Ya,
Cinta itu ibarat pelangi,
Hanyasanya cinta itu,
cinta yang hakiki.

JGN berbalik arahmu



Saat api padam,
mungkin itu adalah saat kita menyatakan kita ingin menyerah kalah.
Mari kita belajar dan lihat dari air sungai yang mengalir.
Air terus mengalir ke satu arah dan tidak peduli apa yang terjadi.
Walau ada sebesar batu yang wujud di tengah-tengah air tidak akan berhenti.
Sungai yang deras tidak pernah terfikir untuk berbalik arah
Tidak pernah berhenti untuk mengalir hanya kerana beberapa panahan di hadapannya.

Nov 10, 2010

PoWeR tAk?

Bila wujud prasaan cinta,
langit yg merah dipandang indah,
lautan yg luas dianggap mainan,
hati terseksa dianggap ujian dan pngorbanan,
kawan dianggap lawan,
kasih disanjung-sanjung,
yg cilik mnjadi buta,
harta mnjadi bukti cinta,
maruah jua menjadi saksi taat setia,
maki hamun mnjadi habuan,
nafsu mnjadi makanan,
janji mnjadi prmainan,
hukuman mnjadi bahan sendaan,
aduhhhh....

sampai bila semua duka dpat pikul sndirian??

HAH!!dunia tak adil 2 plak..

Dunia..
Dunia..
Dunia..
yg aku sedar la kan,dunia skrg ni dah tak brapa nk adil la..
AWATNYA???
SKRG>>
yg kaya,akan brtambah hartanya,
yg miskin,akan brtambah papa,
yg kaya hanya utk yg kaya,
yg miskin mengintai akan angan-angan 1001
yg menipu,mulia dipandang,
yg si jujur mnjadi bhan tawaan,
yg haram disanjungi,
yg halal di anak tiri,
duit mnjadi misi utama,
akhirat jdi backup,
rasuah jadi mkanan,
bunuh jadi hidangan,
ada duit semua menjadi kn,,.
klUA  orang yg berfikir dia akan sdar akan dunia adalah ujian yg mngambil masa,
akhirat adalah KEHIDUPAN yg sbenarnya..

Nov 2, 2010

fahamkah kamu??

begitu indah ajaran agama yg murni ini,
semua ajarannya mrangkumi sgala aspek dlm kehidupan
stiap makhluk ciptaanNYA smestinya terbaik
atas krana aytNYA di dlm kitab suci yg menjadi pgangan spanjang zaman
akan tetapi,fahamkah kita akan isi kndungan kitab AL-QURAN itu..??
jika kita tahu akan rahsia di sbalik kitab itu,
smestinya akan mudah jln hidupmu..

Nov 1, 2010

berjaya baharu lagi..

salam sjahtera semua..
ceq ni oqang utagha(mmg owg KEDAH piow la)...
tp skrg aku mrantau nun jauh ke selatan..
dlu aku bgaikan mesin si penimbang tepung,
tp skrang zaman dah maju,nk manusia dah berotak,
so duit jdi buruan utk tmpung hantaran kawin..
haha
skarang sdah tiba manya untuk aku kumpul duit sndri,,

Oct 21, 2010

indahnya

mmg aku tak shebat blogger len..
tp aku still beginner rite...
hehehe..
smua kpahitan akan hilang bila 
kpahitan trsebut dibalas dgn kemanisan..
skrg aku rse kpahitan yg aku rse slama 1 sem kt uia tu trblas skrg...
mmg btol  kta owg..
Aku syukur sgt kt Yang Maha Esa sbb 
tnpa ehsanNya aku tak dpat rse nikmatNya yg indah ni..

Allah tak ubah nasib 1 sseorang itu hinggalah sseorang itu
ada usaha untuk ubah drinya sndri dahulu..

hah! dunia skrg tak adil???

klau dlam drama la kan..
dialog dia msti mcm ni..
"dunia skrg ko tau,dah tak brape nk adil da tau"
"nape lak??"
"ye la,skrg ni Yg kaya akan bertmbah kaya,yg miskin akan brtambah miskin nk ditindas,"
"tol jugak kn,klau ada duit smua jd"

btul ke smua ni??
tp klau akhir zaman bleh jd sbab dlam hati mnusia ada sfat cinta dunia dan tkut mati..

anda ada ke??

anugerah atau pilihan

zaman skrg ni la kan,..
aku slalu dgar psal cinta,cinta,love, n mcm2 istilah lg..
tp kan cinta tu anugerah atau pon plihan sndiri..
kalu anugerah knape mkne ad kes curang,psang lain,...
klau cinta itu plihan knape psangan dia tak sdar psal bnde 2,,
jgn slah kan prtemuan apabila ad perpisahan krana smuanya jwapan ad pada dri kta..

Sep 30, 2010

coding computer 2

#include
int main (void)
{
printf("nnt akanku msukkan coretan keyboardku tp bkn kt laptop RafiqZain lg la");
return 0;
}


test coding sikit. engineer neh.

AKU MEWALIKAN DIRIKU

salam...
wujudnya blog semata2 utkku mewalikan driku mlpaskan sgala citarasa hatiku yg tlah lma trpndam lama..tak start lg aku nk jd blogger,aku dah mula dpt komplen..Dy jgk la yg dok komplen2..Naik trcbar kelakian aku..Makhluk yg berkenaan ialah RafiqZain..

Maka akanku walikan driku ini pada KARYASUKADUKA ku ini..

Bak kata owg jepun yg telah dtranslate "tnjuk ajar sikit boleyyyy"

team futsal KencangShial FC
Haa. ni team Futsal aku neh.kenangan beb yang hujung sekali belah kiri yang panjang tu name die top Striker Zaidan,pastu second Striker Encik Zhafri seterusnya diikuti midfielder Rafiq Zain pastu Goalkeeper mantap Al-Ikhsan Adha pastu aku pulak! Zafitra Yaakub. *tiada dalam gambar Syafiq Sykomantis.

Cukup sekadar ini buat Intro oke.t banyak2 t bertambah2 pulak peminat aku.Ehem ehem mmg ramai peminat pon setakat hari ni.